Sunday, April 4, 2010

Terima Kasih

Tarikh 25 March 2010 ialah satu tarikh yang menjadi sejarah hidup ini. Aku sakit!. Sakit yang tidak disangka-sangka. Kesakitan itu ku tanggung lama cuma menidakkannya sahaja. Akhirnya aku mengalah. Terlantar aku dipembaringan setelah doktor mengesahkan aku sakit. Sakit itu sebenarnya sudah aku ketahui. Dan aku menidakkannya. Ingkar pada diri sendiri, padahnya ini yang kutanggung. Terlantar aku di ruang sakit wad pembedahan hospital kerajaan. Aku renung siling menghitung masa untuk dioperasi. Aku sudah lemah sebenarnya namun aku tahan, aku simpan segala kelemahan agar sahabatku juga kuat. Tiada mak atau ayah tiada juga adik beradik datang kala aku akan dioperasi. Itu memang kehendakku. Sahabatku yang menghantar dan menguruskan aku. Aku terhutang budi yang tidak terhingga kepada mereka berdua. Semoga Allah sentiasa memberkati mereka berdua. Tiba waktu aku dioperasi, hanya Allah yang tahu betapa gementarnya perasaan ini. Selawat dan zikir bermain di lubuk hati. Saat aku ditolak ke dewan pembedahan hanya kupinta kiranya Allah ingin mengambil nyawaku... ampuni aku hambamu yang teramat hina ini dan penuh dosa.

1 comment:

Anonymous said...

org degil memang macam tu =P