Thursday, August 28, 2008

Merdeka yang Hambar

Ini nafas yang menderu lesu
Ini jantung yang berdegup kaku
Ini lidah yang kelu bisu
Ini mata yang celik palsu

Wednesday, August 13, 2008

Sepasang Baju Kurung

Sepasang Baju Kurung


Kain kasa ini

Kubeli harganya RM 5.00 satu meter

Lalu ku beli mengcukupi sepasang kurung

Agar siapnya tidak seperti balutan nangka

Agar siapnya juga bisa tutup segala kudis di betis



Ibuku jahit dengan cermat

Katanya biar bernyawa tika dipakai

Biar terhindar segala dosa

Biar jantan dijalanan kurang dosa


Sepasang baju kurung

Aku pakai hingga kini

Rohnya aku terasa

Seninya aku perhalusi

Coraknya aku berdiskusi


Sepasang baju kurung

Keranamu yang mengurungku

Dari segala kecelakaan

Dari segala nafsu

Membenarkan aku menghimpun pahala

Menyakini aku seri tidak akan pudar


Sepasang baju kurung

Kurungan yang tercipta

Mengingati aku pada pencipta

Mendekatkan aku pada Yang Maha Esa

CERMIN..

Cermin


Menatapmu terbias wajah

Kala sendu

Kala pilu

Kala senyum

Kala tawaku


Cermin gambaran riak wajah

Gambaran ikhlas

Gambaran kejujuran

Gambaran kepalsuan

Gambaran kekejaman


Cermin

Sebuah penilaian

Tentang kesempurnaan

Tentang pencarian

Tentang kewujudan insan


Cermin

Muhasabah diri

Direnungi...

Diamati...

Adakah..sejernih cermin ini

Cintaku di sisi Illahi...



13.8.08

Bangunan akademik

Terendak.

Tuesday, August 12, 2008

Jangan Mengalir Airmata

jangan mengalir airmata
walau sebak dada merana
walau hilang seribu daya
walau kelam pandangan mata

jangan mengalir airmata
hanya kerana tewas dalam dunia sementara
hanya kerana layu di hujung rasa
hanya kerana cinta tidak bermunajat di jiwa

jangan mengalir airmata
jika hadirku bukan untuk sesiapa
jika wujudku hanya untuk berduka

jangan mengalir airmata
kerana aku belum mengaku kalah
kerana aku belum berundur
dalam mencari cintaMu Ya Rabbi

sebuah perasaan

sebuah perasaan ini jangan ada yang persenda
jangan ada yang cuba menghiris luka
jangan ada yang mengata hina

sebuah perasaan ini
itu lambang tulus
itu lambang mulus
itu lambang Qudus

sebuah perasaan ini
bukan peti simpanan
bukan juga gubuk buruk perhiasan plasu duniawi

sebuah perasaan ini
suatu pencarian yang hakiki
pada yang mengerti..
pada yang fahami
pada yang menyayangi
pada yang mencintai..
dan pada yang mencari kerehdaan ILLAHI..

Tuesday, August 5, 2008

Jalan-jalan...di Air Hitam..

ini kisah selepas majlis penutup SUZON..( sebenarnya me tak attend pun majlis penutup SUZON) sebab pergi ke bandar Pontian cari klinik nak inject sebab kaki dah tak boleh gerak..sedar tak sedar dah nak balik.... ontheway balik .. abg-abg yang sporting dalam bas semuanya nak pergi air hitam.. ( kat mana tu... hehehehe me pun tak tau sebenarnya tempat tu.. first time pergi)..... me ikut je lah.. sebab masa balik hanya 4 orang perempuan aje yang ada dalam bas itu.. yang lain dah balik...penatlah kena sakat dengan abg Asri ( nama glamer Datok)... tapi happening jugak..sesampai ke air hitam.. ( mmg kecik dari nilai 3) yang nampak ada pasu dan bantal dan kerepek... ( hemmm tak tau nak beli apa..) dengan kaki yang sakit dan bengkak.. me gagahkan juga nak jalan.. nti entah bila lagi nak sampai kat tempat ni.. sayangnya camera dah habis bateri...aduii.. takleh la nak snap view yang menarik...satu jam masa untuk cuci mata dan keluar duit.... me just beli kerepek aje..takde duit huhuhuuhu...yang kelakarnya.. abg-abg satu bas.. semua beli tilam..( cushion yang macam tilam tu... alah.. me tak tau la apa org sebut tu..) penulah la bas denga tilam-tilam mereka... ok lah.. best jugak.. cuma penat dan panas.. muka pun sudah hitam kerana sunburn... ( kena tggu sebulan baru boleh kembali kepada asal..)
Anyway terima kasih kepada semua...maaf kalau ada silap dan salah ... terkasar bahasa dan sebagainya... kita ronggeng lagi suzon tahun depan.....

SUZONS FEVER

tiada kata secantik kaki yang lebam.. kuku yang sudah biru kena pijak... aduiii sakitnya..segala urat saraf.. semuanya kerana semangat yang berkobar-kobar bersukan untuk kesihatan
( walaupun dapat sakit heheheeh) sempena suzon ( sukan zon) di MRSM Pontian 1-3 Ogos 2008..
happening juga kerana memang seronok dapat jumpa kawan-kawan. Sudah adat pertandingan kalah dan menang itu perkara biasa ( walaupun ada yang tidak boleh terima kekalahan.....siapa tu agaknya..?Tapi kami satu team netball dan badminton kira ok la.. menang dan kalah.. hehehehe.. ada member cakap tahun depan kita mesti jadi juara.. iye ke? jadi bila nak trainingnya?... emmm jawapannya lagi 2 minggu nak pergi suzon baru kita training... ( hahhahaha kisah benar kami hanya training netball 3 hari je tau.. kira ok lah menang 2 games....hebatkan! klu training sebulan dah tentu kami JUARA!!!) sama juga dengan pasukan badminton perempuan.. pegang raket hari pertandingan ... tp menang.. wah hebat tu... tp klu pegang raket sebelum pertandingan tentu kami JUARA!!!!!... jadi moral dari kejadian tersebut... training la last minit sebab semangat masih berkobar-kobar ( jgn ikut pesanan ini ye ...)
Anyway terima kasih kepada semua yang sangat-sangat memberi semangat kepada team MRSM kita.. kita semuanya menang.. Menang Bergaya.. ( tak ada pun kontijen lain ambil gambar selepas kalah.. cuma kontijen kita aje yang berani mati buat macam tu... heheheheheh hebatkan!!!!... Terima kasih juga kepada penyokong secara senyap... ( jgn buat lagi tau.. bahaya)
To all my team... we all mmg hebat..tahun depan kita cuba lagi... insyaALLAH...

p/s : boleh tak klu tak nak bayar sweater.... kan kami dah menang bergaya degn sweater tu....