Saturday, March 6, 2010

Jangan Kalian Bertanya

Jangan kalian bertanya
mengapa wajahku sayu
kerana jawapannya
duka kehidupanku masih bertamu

Jangan kalian bertanya
mengapa bibirku kaku tanpa senyum
kerana jawapannya
kerana kehidupanku tidak segirang dulu

Jangan kalian bertanya
mengapa aku sendiri - sendiri
kerana jawapannya
hati ini telah dikhianati

Jangan kalian bertanya lagi!


TBJ 2
6 mac 2010

Bunga Tanjung

kerna wanginya bunga itu
tersemat disanggul gadis desa
lalu semerbak bauan itu
menerpa deria bau

kerna cantiknya bunga itu
lalu dilagukan
bersama irama penuh kiasan
agar tak lekang dalam ingatan

bunga tanjung
lambang lambang kemurnian
kelembutan, keindahan
akar budi gadis pingitan


TBJ 2
6 Mac 2010