Sunday, December 30, 2007

ketulusan hati..

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkn kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
x mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
sering ragu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia utk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan utk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

This song specially dedicated to someone...i really loved before.......

PERPISAHAN..

ku mengerti.. perpisahan ini..
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama
sering kala aku terlihatkanmu
impian nan indah bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara
keraguan ini.. bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilangan… mu
kehilanganmu..
keraguan ini .. bukanlah padamu
masih tercari-cari

Tuesday, December 25, 2007

wajah-aishah (song)

Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan
Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian

( korus )
Seperti engkau jua
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan

Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan

doa..

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

menangis....

pernahkah kita terasa bagai mahu menangis.....sekuat hati...kadang-kadang kita tak tau mengapa kita rasa hiba....kesedihan yang ada bersama menjalar ke lubuk rasa....selepas menangis terasa lega....kerana kita terasa kehilangan dan sepi......

Saturday, December 22, 2007

emmmm........dah tepu...

tiada kata seindah bahasa untuk mengambarkan tahap ketepuan yang sedang saya alami ni...penat...ditambah dengan hati yang sedang rawan....aduhhhh terseksa jiwa dan raga.....lambat betul nak tamat pengajian ni... nak grad....waaaawaaaa nanti ada observation pulak.... adoiii medula oblogata ni dah berdenyutan kesakitan....

Thursday, December 6, 2007

sajak..

Ketenangan ini umpama semilir dingin

Kenangan bertamu menghijau rindu …

Menyentuh hati membelai rasa

Memutih sayu mengusap kalbu…

Titisan embun menyedarkan mimpi

Cinta telah pun berlari pergi

Kasih sayang tiada galang ganti…

Padamu Ya Rabbi

Ku serahkan diri ini……..

Harum pagi menyegar diri

Renungan singgah pada laman sepi..

Fikiran seperti layang – layang putus tali

Akhirnya tersangkut pada dahan nan tinggi…

luahan hati seorang yang telah terluka hatinya.....


(luahan hati seorang teman.... sedih....)


Kata orang sedang asyik bercinta, lautan api pun sanggup direnangi…. Itu ketika sedang cinta hangat membara…bagaimana ketika cinta membeku…….masih sanggupkah merenangi lautan yang membeku sejuk….Pernah suatu ketika dulu ketika sahabat sibuk ke sana dan sini bersama kekasih hati…saya selalu berkata sendirian… hemmmm seronoknya mereka… bahagianya mereka…Sayangnya satu hari perasaan meluap untuk memiliki seorang kekasih hilang setelah terserempak dengan rakan sebelah bilik di universiti dulu menangis sampai bengkak mata…. Huhuhuhuhuhu sedih….saya pun menangis sama kerana mendengar cerita yang kalau difikirkan secara logic akal tiada apa-apa makna untuk ditangisi. Tidak penting pun. Tapi maklumlah ketika hati sedang rawan… ( saya tak pernah rasa begitu )…Kekasih yang dipuja siang malam keluar menonton wayang dengan dara lain….. itu saja soalnya. Bengkak mata sampai berhari-hari…kuliah pun apa lagi… langsung tidak dihadiri…. Yang rugi diri sendiri…. Sejak hari itu saya jadi tipikal untuk memiliki seorang yang diberi gelaran kekasih ( iye ke kekasih atau ada nama lain yang lebih sesuai……? ) Tapi siapalah yang boleh menyangkal kehendak naluri sejak azali lagi…..tahun kedua di universiti saya menjadi seorang yang sering merindui … saya tidak pasti apa yang saya rindui…. Hari-hari saya ke perpustakaan. Setiap hari saya akan duduk di meja yang sama sambil menelaah buku…( orang bahasa memang perlu banyak membaca )……sebulan lamanya saya lakukan perkara yang sama kerana saya merasakan ada orang yang menunggu saya di sana….karut bukan… tapi sebenarnya memang ada yang menanti saya…. Mahu tahu siapa yang menanti saya?….. hehehehe pastinya pegawai yang bertugas di kaunter urusan peminjaman buku yang selalu bertanya tentang apa kandungan buku yang saya baca….rupanya dia ingin berkongsi pengetahuan dengan saya patutlah saya rasa ada yang menanti..hehehehehe… lucukan…Tapi rupanya ada pemerhati yang tetap ….seorang hamba Allah.. saya memang menyedari akan kewujudannya dalam perpustakaan….tiada soal siasat yang saya lakukan.. ( control cun…. ) Hari demi hari kedudukannya semakin hampir dengan meja saya… kadang kala kalau bertembung mata, saya telah menghadiahkan dia sebuah senyuman yang pada perkiraan saya teramat manis seperti gula…..aduhai… balasannya juga sebuah senyuman yang saya simpan sampai terbawa-bawa dalam mimpi ( perasan seorang diri… ) Pada suatu hari, saya berasa sedih…. Dengan longlai saya melangkah ke perpustakaan…dengan harapan saya akan bertemu dengan hamba Allah itu …… saya ingin bercerita padanya tentang kesedihan hati ini…. Sayangnya meja itu kosong… sekosong hati saya….. agak panjang saya bermenung di situ….. akhirnya saya pulang tanpa meminjam apa-apa buku… pegawai di kaunter memandang aneh dengan saya…. Saya sedar hari itu saya tidak seperti selalu….. hati saya kosong….saya merindui seseorang.. !!!! Ati-ati tumbuh di paya, Air tenang di kaki bukit, Sampai hati meninggalkan saya, Tidak mengenang barang sedikit. Berbulan saya menanggung rindu itu… sakitnya saya rasa… dan saya tidak faham kenapa orang mengatakan cinta itu bahagia… ( soalnya saya tidak bercinta … ) hemmmmm……

Setiap hari selepas solat pasti saya berdoa untuk bertemu dengannya….balik dari cuti semester… saya telah pergi mendapat rawatan gigi di sebuah klinik pergigian kerajaan….. seperti tidak percaya saya bertemu dengan orang yang saya rindu…. Rupanya dia seorang dentist…dalam keadaan terawang-awangan saya terdengar dia menyebut nama saya…. Ayu…..ayu… Tahu apa yang berlaku.. saya tidak mendapatkan rawatan itu kerana tidak mampu melawan perasaan ….. saya sebak… adakah itu namanya cinta… saya berpuasa hampir sebulan dengan niat untuk membuang perasaan dan ingatan terhadap hamba allah itu…( sedihkan…. ) Suatu petang seusai saya pulang dari kuliah….ada seorang junior datang mengetuk pintu bilik menyatakan ada seseorang mahu berjumpa dengan saya…. Saya turun….ke bawah dan berdiri di foyer untuk melihat wajah yang saya kenal…. Tiada sesiapa… akhirnya saya melangkah malas… menuju lif untuk naik ke bilik….Ayu….saya terdengar suara. Saya berpaling…. Ya Allah…saya seperti tidak percaya….orang yang saya sedaya upaya untuk melupakannya hadir mencari saya…( siapa dia hanya saya yang tahu) Akhirnya kami menjadi seperti merpati sejoli…tiga tahun lamanya saya dilamun perasaan yang membahagiakan…. Saya tamat pengajian dengan keputusan CGPA 3.5 betapa cinta itu telah memotivasi saya…saya tidak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab saya…… tapi benar kata orang ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari……Orang yang saya cintai berada di persimpangan antara saya dengan calon menantu pilihan ibunya…Saya lari membawa hati…saya tidak mahu dia tersepit….andaian saya hajat ibu bapa perlu kita akur….akhirnya dia menikah…dan saya sibuk dengan kerjaya….bertahun lama kami terputus hubungan… Cuma kenangan tidak pernah luput dari ingatan….Tahun 2005 saya bertemu dengan seseorang secara tidak sengaja….. bertemu ketika menemani kawan blind date… kelakarkan… saya boleh teman orang blind date….dan saya juga tidak menyangka secara diam-diam saya menyimpan perasaan terhadap hamba Allah itu… saya selalu mencuri pandang wajahnya…tapi saya sedar…dia kepunyaan kawan saya…. Suatu hari saya telah menjawab panggilan telefon kepunyaan kawan saya… dan hamba Allah itu yang telefon…. Sayangnya kawan saya telah menyangka yang bukan-bukan terhadap saya dan telah mencabar saya…. Saya sahut cabaran itu….akhirnya hamba Allah itu jadi kepunyaan saya…( sayangnya seorang lelaki telah dijual beli begitu mudah ) Hamba Allah terlalu hebat dan berkerja di sebuah sebuah konglomerat minyak terkemuka… Saya berusaha mencintai dan memberi kasih sayang padanya… kalau boleh sedikit pun tidak mahu kurang….tetapi saya dibelenggu dengan rasa bersalah….bersalah kerana mengambil hak orang sedangkan saya bukan begitu…..hubungan kami seperti ombak menghempas pantai….berkecamuk gundah…akhirnya… saya undur diri…. Kerana saya sudah tidak mampu untuk menghadapi kesedihan dan kecelaruan yang kian berserabut …..kekesalan itu sering menghantui saya…. Setiap kali saya merenung jauh ke dalam matanya….. dapat saya lihat dia tidak gembira bersama saya…. Sejak itulah saya berusaha melakukan pelbagai perkara untuk dia kembali kepada kawan saya yang dia pernah berusaha untuk miliki dulu….kini saya sendirian… kembali sibuk dengan kerjaya serta menyibukkan diri….dan saya semakin memahami kenapa cinta itu membahagiakan dan cinta itu menyakitkan…. Saya suka pada rindu… kerana rindu itu menguji kekuatan hati…..cinta itu menguji keikhlasan hati……pilihlah mana-mana yang kalian suka tetapi jangan sesekali menyesal… kerana nikmat itu adalah anugerah ilahi…terlalu sukar untuk kita cintai dan sayangi seseorang tanpa keikhlasan hati…..

( jangan takut untuk berkongsi tentang hati…rindu… kebahagiaan….dan jangan takut untuk mencari cinta…)

Jumpa lagi….

Wednesday, December 5, 2007

cinta dan kerjaya

percaya atau tidak kerjaya sesorang itu dipengaruhi oleh cinta....??? terpulang kepada anda untuk menyangkalnya... tetapi bagi saya kerana cinta kita akan menjadi ghairah untuk berkerja...dan juga..... bersemangat waja....cuba anda bayangkan bagaimanakah kehidupan seseorang tanpa cinta.... layu dan tidak bermaya kan..... cuba anda bayangkan juga anda tidak mempunyai rasa cinta ketika berkerja.....bagaimana anda melaksanakan tanggungjawab itu..... maka di sini pentingnya cinta itu dalam kerjaya...... jadi bercinta lah dengan kerjaya anda... pasti anda akan bahagia....tak percaya? cubalah.....nti jangan lupa kongsi dengan saya apa yang anda rasa.....
pagi tadi dalam kuliah my lecturer bg tahu, kalu kamu suka menulis apa saja yang ilmiah , tulis la then post to DBP kerana kat sana takde penulis yang tetap bayarannya pun lumayan jugak... tetapi jangan kita menulis kerana wang atau nama tetapi tulis lah kerana ilmu....saya pun minat menulis tetapi dah lama tidak menulis kerana terlalu sibuk dengan tugasan... menulis ni mengasah minda betul tak ????.... so kepada sesiapa yang suka menulis boleh lah tulis dan post pada saya juga... perkongsian ilmu la katakan......anyway... selama menulis...au revoir......merci beaucoup...