Saturday, August 14, 2010

Kehilangan Diri

aku hilang dalam jasad yang bernafas
sarat bersama berjuta masalah
kian memberat dan membebankan

pada siapa hendak aku katakan?
aku sangat penat!
penat dengan karenah duniawi yang pentingan diri!
hipokrit!
pengkhianatan!
batu api!

aku semakin lesu
berhentilah manusia
buanglah topeng hidupmu
topeng yang menyakitkan hati
menyesakkan nafasku
topeng yang membuatkan
dendam kesumat bertamu dikalbu kudusku!

Wednesday, May 26, 2010

Luahan Hati...

Sudah lama aku berfikir-fikir untuk mencatat sesuatu dalam kartu maya ini. Namu aku tidak bisa gagahkan diri. Tidak bisa melukai hati sendiri. Namun hari ini aku tekad untuk meluahkan semuanya. Setelah sekian lama aku menyimpan rasa ini. aku seringkali berbohong pada diri sendiri. Aku tidak sekuat dulu untuk tidak mengenangmu. Setiap langkah aku selama ini dibayangi dirimu. Aku lakukan semata-mata untuk melihat engkau bahagia.sedangkan hakikatnya aku sangat derita. Kalaulah masa itu dapat aku undur kembali. Aku tidak ingin mengenalimu, menyimpan perasaan padamu dan menderita selama ini kerana dirimu. Aku sudah habis daya untuk melupakanmu. namun aku tidak berupaya. Maafkan aku. Aku takut untuk menyebut namamu. bimbang andai aku menyebut lagi namamu, aku menjadi seorang pendendam. Tapi tahukah kau apa yang berlaku bukanlah kehendakku. Bukan kerana egoku. Bukan kerana membencimu. Bukan kerana kasihku sudah pudar. Aku masih utuh seperti dulu. sayang aku padamu masih kental seperti selalu. Aku lakukan kena aku merasakan aku tidak kau perlukan lagi disisimu. Maafkan aku. Setiap hari detik dan saat kita bersama dahulu tidak pernah aku lupakan. Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi seperti yang kau harapkan. Tidak seperti yang kau impikan. Tidak menjadi seperti dia yang kau agung-agungkan. Tapi kasih syg ini membawa penderitaan sepanjang hidupku. Aku menangis lagi kala mencatat luahan ini. kerana aku sangat merinduimu. jujur dari hati ini. aku amat merinduimu. mohon temanilah aku kembali. temani aku walaupun sekejap. muncullah walau sekejap agar dapat aku helakan rindu yang memberat dan membunuh rasa ini.
Andainya aku yang bersalah,mohon maafkan aku. jangan biarkan aku terpenjara dalam kesalahan ini. Andai kau jua sepertiku kala ini... mohon luahkanlah untukku sebaris dua kata. Agar boleh kubuat perhitungan diri ke mana harus ku campak hati dan perasaan yang selama ini hanya untukmu.
Andai kau masih membaca kartuku ini...mohon carilahku. kala aku masih bernafas.. kala rindu masih tersisa.. kala cinta untukmu masih membara... kala mata masih memandangmu... kala lidahku mampu bertutur....datanglah... biar aku seka juraian airmata ini.....kerna aku sudah berjerih untuk melupakanmu... namun harapan itu palsu.. aku bawa bersama dirimu dalam diriku...sehingga aku sebenarnya derita....
Khairurrizal... aku sebut namamu kerana aku sangat derita dengan perpisahan ini. maafkan aku.

Sunday, May 16, 2010

dia entah di mana

( untuk dia yang masih ada di dlm jiwa )

dia entah di mana
yang ada hanyalah
kenangan

dia entah di mana
tidakku temu
dalam mimpi
dalam ruang nyata

dia entah di mana
yang tinggal hanya gema suara
yang tinggal hanya kenangan duka
yang tinggal hanya kisah cinta

dia entah di mana
kembalilah padaku
pulangkan nyawa cintaku

Jangan mengalir wahai airmataku

aku tertunduk
terkenang sesuatu yg pernah aku punyai
suatu ketika
saat mentari kasih sayang masih bersinar
kala pelangi cinta masih gah

hari ini setelah lima tahun berlalu
aku kembali tersapa angin rindu
kembali terdengar kata-katamu
terbayang-bayang raut wajahmu

aku ingin menangis
kerana aku tidak pernah melupainya
aku ingin meluahkan
kerana sayangku tidak pernah berkurang

kutahan airmata
jangan mengalir
seperti lima tahun aku menahannya

aku masih menantimu
semoga terbuka hijab antara kita
untuk menyemai cinta bersama

Sunday, April 4, 2010

Terima Kasih

Tarikh 25 March 2010 ialah satu tarikh yang menjadi sejarah hidup ini. Aku sakit!. Sakit yang tidak disangka-sangka. Kesakitan itu ku tanggung lama cuma menidakkannya sahaja. Akhirnya aku mengalah. Terlantar aku dipembaringan setelah doktor mengesahkan aku sakit. Sakit itu sebenarnya sudah aku ketahui. Dan aku menidakkannya. Ingkar pada diri sendiri, padahnya ini yang kutanggung. Terlantar aku di ruang sakit wad pembedahan hospital kerajaan. Aku renung siling menghitung masa untuk dioperasi. Aku sudah lemah sebenarnya namun aku tahan, aku simpan segala kelemahan agar sahabatku juga kuat. Tiada mak atau ayah tiada juga adik beradik datang kala aku akan dioperasi. Itu memang kehendakku. Sahabatku yang menghantar dan menguruskan aku. Aku terhutang budi yang tidak terhingga kepada mereka berdua. Semoga Allah sentiasa memberkati mereka berdua. Tiba waktu aku dioperasi, hanya Allah yang tahu betapa gementarnya perasaan ini. Selawat dan zikir bermain di lubuk hati. Saat aku ditolak ke dewan pembedahan hanya kupinta kiranya Allah ingin mengambil nyawaku... ampuni aku hambamu yang teramat hina ini dan penuh dosa.

Aku Sakit

Tidak kusedari
aku sakit
sakit yang meragut seluruh kegembiraanku

Perit sakit ini
segala urat saraf menjerit merintih

Aku hilang
kala operasi
Aku sedar
kala sakit menjalar rasa

Aku sakit...

Saturday, March 6, 2010

Jangan Kalian Bertanya

Jangan kalian bertanya
mengapa wajahku sayu
kerana jawapannya
duka kehidupanku masih bertamu

Jangan kalian bertanya
mengapa bibirku kaku tanpa senyum
kerana jawapannya
kerana kehidupanku tidak segirang dulu

Jangan kalian bertanya
mengapa aku sendiri - sendiri
kerana jawapannya
hati ini telah dikhianati

Jangan kalian bertanya lagi!


TBJ 2
6 mac 2010

Bunga Tanjung

kerna wanginya bunga itu
tersemat disanggul gadis desa
lalu semerbak bauan itu
menerpa deria bau

kerna cantiknya bunga itu
lalu dilagukan
bersama irama penuh kiasan
agar tak lekang dalam ingatan

bunga tanjung
lambang lambang kemurnian
kelembutan, keindahan
akar budi gadis pingitan


TBJ 2
6 Mac 2010

Sunday, February 28, 2010

Nama akukah itu...?

Terseru namaku
bersama angin
yang berpuput mesra
tersapa di pendengaran
amat jelas

suaramu yang penuh momentum itu
mengalunkan namaku
bertenaga dan padu

nama akukah itu
yang diucapkan saat tanganmu
akan digengam

nama akukah itu
yang akan kau lafazkan
tika lafaz akadmu bersaksi

nama akukah itu?



TBJ 2
28 Feb 2010

Dalam Sepi itu

hari yang datang
tidak sama sekali seperti
hari-hari yang berlalu

penuh cerita
sarat duka

kadang kala dalam sepi itu
gelap sekelilingnya
walau cahaya terang benderang

dalam sepi itu
hanya ada suara hati
bersuara tentang keluh kesah

adakalanya
dalam sepi itu
hanya bertemankan airmata

dan dalam sepi itu
diri terus kehilangan
hilang dalam pengharapan yang tidak pasti


TBJ
28 Feb 2010

Monday, February 22, 2010

Semalam Aku Menangis

Lewat malam mengigit hari
aku masih di sini
dalam pelukan malam yang sejuk
kaku dan sayu

semalam aku menangis lagi
kerana aku sedih
kerana aku terasa derita itu menghimpit
kerana aku rasa hati ini terlalu letih

semalam aku menangis lagi
kerana aku pasti
yang berdiri di situ nanti.. adalah aku
aku yang mengharap pada sesuatu yang tidak pasti.



ppsp
terendak

kesedihan ini

tidak mampu kurenung wajahnya
tidak mampu jua kulihat cahaya di matanya

airmata ini mengalir dalam hatiku
mengalir menyelusuri saraf kehidupan

Aku bisa tawa dalam tangisan
Aku bisa senyum dalam duka

Aku bukan bidadari itu
Aku bukan sang puteri itu
Aku hanya gadis kampungan
Aku hanya dara pingitan

Aku dalam kesedihan ini
meniti pada batas -batas perasaan
terkepung di dalamnya takungan kasih sayang.


PPSP
Terendak

Wednesday, February 17, 2010

Jangan Jadi PEMALAS

kalau makan dihidang
kalau minum ditatang
Kalau tidur didodoi
kalau mandi disiram
kalau menangis dipujuk
kalau marah ditenangkan
kalau lapar diberi makan
kalau dahaga diberi minum
kalau sakit diberi ubat


Jadi apa lagi mahumu
Jangan jadi PEMALAS


tbj 2
tjg bidara
17 feb 2010

Nostalgia Pokok Pisang

siapa peduli pokok pisang di tepi pagar
duduknya ditemani lalang dan semalu
daunnya yang uzur tunduk menyembah bumi
siapa yang peduli?

Siapa peduli pokok pisang di tepi pagar
tika berbuah
jantungnya dibiarkan kering
kelopak jantung gugur kesedihan
siapa yang peduli?

Siapa peduli pokok pisang di tepi pagar
tika menguning setandan
burung menjadi teman
sumber makanan semusim hujan
Siapa yang peduli?

Siapa peduli pokok pisang di tepi pagar
akhirnya disedari
dipisah tandan dari batang pisang keuzuran
ranum buahnya dibuat penganan
enak dihidang tika kudapan
siapa yang peduli
kerana nostalgia pokok pisang
itu telah berlalu pergi




TBJ 2
Tjg Bidara
17 Feb 2010

Putu Bambu

Tika jalan - jalan di pasar malam
selera pun bertamu

Singgah nikmat
hidangan nafsu makan
hati tertarik pada yang satu ini

putihnya gebu
terserak manisan didadanya

kaki terhenti mata terpaku
langsung lidahku kelu

" kak, saya mahu RM 2.00"".
lalu tangan mulus bersalut kelapa parut itu
menghulur bungkusan
di dalamnya berisi putu bambu
itu kegemaranku.


Sg Udang
17 Feb 2010

Bunga

Sekuntum bunga ini
hendaknya usah layu
biar berkembang berseri
mengikut citanya
memikat hati

sekuntum bunga ini
andai dipetik
semat di dada
agar baunya bisa sentap deria
deria pancaindera seribu rahsia

sekuntum bunga ini
biar mewangi
biar mengharum
biar berwarni warnai kehidupan

sekuntum bunga ini
jika ingin punyai
tanya pada tuan empunya
kerna mandiri masih sejati
akar budi bicara sehalus seni


Terendak
17 Feb 2010

Mulut Ini Dusta

Senyuman kuukir
semanis rasa
itu semua dusta

kata-kata manis kuucap
sesedap rasa semanis halwa
itu semua dusta

Mulut ini dusta
dusta tika berkata-kata
dusta tika senyuman mesra rasa
dusta tika menyimpan kecewa
dusta tika hati memendam rasa


Terendak Camp
Bangunan Akademik
17 Feb 2010

Akukah yang sedang berlari itu..

Akukah yang sedang termengah kepenatan
denyutan nadi meratah - ratah
hilang aku dalam hembusan nafas kesesakan
Akukah yang sedang berlari itu..?

Dari anak tangga ke anak tangga
langkah ini gigih kuatur
pada tempat ini kuberjasa
anak didikku penat belaka
dan..
akukah yang sedang berlari itu
mengejar semangat yang kian tersisa

Layakkah udara nyaman ini
aku hirup dan hela
sedang aku kian lelah
lelah mengenal jerih perih kehidupan
dan dalam hati masih tertanya-tanya
akukah yang sedang berlari itu...?
berlari dari memikirkan kehidupan sendiri
lari mencari harga diri
lari mencari ketenangan abadi
yang terlalu sukar untuk ditemui..



Terendak Camp
17 Feb 2010

Tuesday, February 16, 2010

Kaku

Berdiri seorang aku
dalam ruang terang yang kaku
kalut menenangkan perasaan
sebuah perasaan yang tulus

duduknya seorang aku
pada bangku bisu
merenung kejernihan air mukamu
terhimpun dosaku terbeban dibahu

Diamnya seorang aku
pada bait kata-kata
sedang menghitung segala kekurangan yang ada
agar tidak tertipu apa yang dirasa

Melangkahnya seorang aku
meninggalkan harapan yang tidak menggunung
kerana hati ini sudah lama kaku.


16 Feb 2010
Tjg Bidara

Untuk Seorang Kekanda

usah menipu dirimu
disebalik senyuman mesramu
sedang hatimu terharu
sebak di dada menikam kalbu

usah gembirakan hati yang lain
disebalik senda guraumu
sedang jiwamu sedih dan pilu
kaubiar menjadi kaku

usah menghampar seribu harapan
disebalik tutur katamu
jika kaumahu bahagia itu

usah berlari mengejar bayangan
disebalik teduhan rimbunan kekecewaan
biarkan saja angin menyapa
agar mentari membuka rasa
kerana rasa itu ada di mana-mana..



16 Feb 2010
Tanjung Bidara Melaka