Wednesday, December 31, 2008

Biarlah semuanya berlalu..

Semasa saya mengunjungi sahabat baik di Kuala Pilah tempoh hari, byk perkara kami bicara. Tentang kerjaya, kenangan di universiti, kenangan yang bisa mengigit jiwa jua bisa menguntum senyuman serta melebar tawa. Rindu sungguh. Betul juga kata org tua jgn ketawa sangat nti duka melanda. Ya, saya menangis ketika berbicara tentang perasaan. Sedih! Sahabat saya mengatakan saya ini terlalu jiwang karat ( ya kah? ) setia pada yang langsung tak sudi (betulkah?) Saya bukan setia pada yang tak sudi tapi saya tidak mahu mungkir janji bimbang dikata munafiq. Sahabat saya meluahkan rasanya terhadap saya. Katanya saya tidak perlu tunggu ( siapa itu) Usah buang masa. Sebenarnya saya tidak tunggu sesiapa pun. Sejak saya tidak bercinta lagi 2 thn yang lalu tiada sesiapa yang mampu mencuri hati dan perasaan. Saya ingin mencari kekasih saya satu itu. Terlalu sukar. Amat payah. Saya berjerih setiap malam untuk memohon kasih sayang dan rasa kecintaanNya terhadap saya. Itulah kekasih saya. Akhirnya sahabat saya mengerti akan isi hati saya. Itulah yang saya cari hingga kini. Belum saya temui. Tiada sesiapa yang saya nantikan. Lewat malam itu kami berceloteh. Semua ada. Menangis, tawa dan pelbagai rasa yang sukar untuk diungkapkan. Melihat gambar mendaki gunung Ledang terasa seperti semalam saja baru berlalu. Bila lagi dapat melakukan aktiviti sebegitu. Kerjaya kini menghambat masa. Tidak terkejar oleh saya akan kesibukan itu. Kepada rakan - rakan yang mengetahui cerita duka saya dan sahabat saya itu... kami kini berbahagia dengan kerjaya kami... bahagia dengan Kekasih kami Yang Esa...Biarlah semuanya berlalu... saya dan sahabat saya punya hak untuk berbahagia di bawah naungan cinta ILLAHI...

Wednesday, December 24, 2008

Pantai Hatiku

Pantai Hatiku
Setenang deburan ombak
Hati ini jua tenang
Sejernih percikan air
Begitulah jernihnya airmata kasihku

Pantai hatiku
Teruslah membiru
Agar cintaku segar selalu..

Usahlah Bertanya......

Seorang sahabat ada mengatakan saya ini sangat berahsia. Aneh sekali. Saya berahsiakah?
Privasi sendiri perlu dirahsiakan. Itu namanya PnC. Lain-lain rasanya bukanlah satu rahsia. Dalam sms yang ringkas itu, ditanya juga bila saya harus mengundang dia ke majlis walimatul urus saya. Aduhaii... saya masih sendiri-sendiri. Belum ketemu. Usahlah bertanya akan soalan itu. Sukar sekali untuk diberi jawapan. Bimbang tersalah jawapan bisa gores hati insan lain. Lalu saya pun bertanya pada sang sahabat itu. Bila pula majlis dipihaknya. Katanya dia tunggu saya langsungkan dulu. Insya Allah, andai hamba Allah yang masih belum mengotakan janji itu terbuka hati untuk melamar saya pasti akan ada urusan walimatul urus itu. Harap sahabat saya itu bersabar. Kerana sabar itu tunjang segala kebahagiaan. Usahlah bertanya lagi...

Takziah

Salam takziah untuk si dia , atas pemergian ayahanda tercinta.
Semoga ayahanda si dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
Semoga si dia sentiasa tabah atas pemergian ini. Inilah perjalanan cinta yang abadi. Al Fatihah.

Tuesday, November 25, 2008

DINNER PMR 2008




DINNER PMR 2008







Wednesday, November 5, 2008

Graduation Day

bersama Ong Chong Yew
lagi bersama Ong Chong Yew ( Fanatic Fan I hehehhehe)
comelkan... alah terlupa nama budak cute ni... sayang dia

Shah Waqib - presiden Badan Rohani dan Dakwah ( halau semua
budak g surau k sebelum saya sembur dgn pili bomba)
Ini President Lembaga Disiplin Pelajar Yong Tzen Yik
Ini Firdaus. Student i merangkap BadanWakil Pelajar

Inilah rakan setugas. Cik Ruzana Muhammad. Guru Media. Inilah juga rakan serumah yang memang tinggggg tongggg.. terima kasih kerana sudi membantu ku...
Yong Tzen Yik, Shah Waqib, I, Cik Ruzana, Firdaus dan Presiden Pelajar 2008 Che Saiful.
Bergambar kenangan bersama Badan Wakil Pelajar selepas hari graduasi 2008.
Ketika itu saya yang ditugaskan untuk urusan pengambilan dan penghantaran jubah konvo. Jadi sempatlah bergambar dengan mereka yang membantu dalam urusan ini. Terima kasih jasa mu dikenang.

Tuesday, November 4, 2008

Venus hilang di horizon

malam kelam
bintang bertaburan
bulan hilang dalam kemaluan dibalik awan hitam

venus menyinar terang
gemilang antara bintang - bintang bergemerlapan

dari satah kehidupan
pelahan-lahan memudarkan sinar
mengufuk diri
mencari arah haluan
dalam kerehdaan pencipta

Kita,
seperti venus
mengufuk di horizon
lalu
semakin menghilang dalam kelam horizon
kembali kepada Yang Maha Kuasa

biar tuhan menjawab segala persoalan...

Ramai yang tertanya-tanya kenapa tagline itu yang digunakan dalam YM saya. Bukan apa-apa, sekadar memudahkan setiap orang yang bertanya untuk peroleh jawapan yang mudah. Tidak perlu mengulang soalan yang sama sepanjang tahun. Penatkan kalau sentiasa diaju soalan yang sama. Walau bagaimanapun... ada seorang sahabat ini telah menegur tagline itu. katanya terlalu bahaya menggunakan tagline sebegitu... Bahaya? Saya pun tidak faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Bagi saya itu adalah jawapan yang paling baik dan dapat memberi kesan jiwa pada orang lain.. ya lah siapalah kita untuk memberi jawapan yang belum tentu.. betul tak? jadi tagline itu hanya menyatakan biarlah Allah SWT yang memberi jawapan kepada setiap persoalan..
Saya hanya insan yang terlalu kerdil dan berdosa..

Thursday, October 9, 2008

antologi hidup

setiap langkah berderap
setiap nafas terhela
lagu dan iramanya berbeda

haluan hidup berliku-liku
jalan lurus tiada penamat pasti
langkah terhenti
di sebuah perhentian pasti

ini sebuah antologi hidup
karangannya sebuah jasad bernyawa
nyawa yang hilang dalam nyata alam
alam berada di hujung rasa

ini perjalanan antologi hidup
dari sesuci kain putih sehingga sehitam warna hidup

Monday, October 6, 2008

Hajat Aidil Fitri

Tamu datang dan pergi
salam bersilih ganti
Ikhlas hanya pada hati
Manis bibir mengukir seri

ini kunjungan hati
hati yang telah lama menanti
menyimpan pandangan
menambak harapan
agar kunjungan ini memberi erti

hajat ini
sesuci aidilfitri
hajat ini
biarlah sentiasa berkati
hajat ini
mohon direstui ILLAHI
hajat ini
kumohon setiap adilfitri

Pelangi Syawal

langit cemerlang indah
Syawal menghampiri
degup jantung gembira
hari mulia penuh bahagia
merenung langit cerah
rintik renyai hujan pagi syahdu
bersama alunan takbir rindu ILLAHI
Pelangi Syawal terbias
menebar kilauan warna gemilang
dalam titisan airmata kesayuan..
dan kecintaan padaMu Ya Allah.

Saturday, September 6, 2008

Ini Puisi Untuk Dia

ini puisi untuk dia kutulis khas untuk dia.........

saat pertama kali terlihat
akan bening matamu
aku rasa sungguh sayu
sepertinya aku akan kehilanganmu

senyuman ini kukira tanda ikhlas hati
senyuman ini kuharap menjadi teman tidurmu
senyuman ini kuimpikan agar kautenang selalu
senyuman ini kudoakan menjadi penenang amarahmu

ini puisi untuk dia
dia yang aku dambakan sepanjang hayatku
dia yang aku tatap dengan pandangan kasih sayang
dia yang aku beri hati seikhlasnya
dia yang aku berkongsi rahsia hidup
dia yang aku impi menjadi imam solatku
dia yang aku terlalu rindui
dia yang selalu aku tangisi
dia yang telah buat aku berhenti mencintai..
dia yang mengajar aku tentang perasaan dan harapan
dia yang telah hilang dari pandangan..

ini puisi untuk dia
dia yang membina harapan bersamaku
dia yang menciptakan impian
dia yang membina kota janji
dia yang bermain ombak kesetiaan

ini puisi untuk dia
dia yang kukenang dalam hati..
dia yang masih ku nanti...
dia yang masih belum kotakan janji

ini puisi untuk dia
agar dia mengerti
aku masih sendiri
aku masih menanti

Friday, September 5, 2008

Nafas Rindu

Masihkah dapat kuhela
nafas-nafas yang tidak tenteram
bermain di ruang rasa hati

masihkah dapatku hembuskan
nafas-nafas berserakan
dalam ruang kalut jiwa

masihkah dapatku lepaskan
nafas-nafas kesakitan
dari denyut nadi kecewa

masihkah dapatku...
menghirup udara penyambung nafas..
kala jiwa yang qudus terlalu rindu
rindu pada kekasih nan satu
rindu pada Yang Maha Pengasih..

Ramadhan Sayu

seperti nipis kulit bawang
iman melawan nafsu
hati sentiasa was was
akal mencari kebenaran
akan tewaskah jasad?

hari Ramadhan berlalu
tidak disedari
alpa pada yang wajib
berlebihan pada makruh

ramadhan merajuk pergi
malam lailatul Qadar menjadi saksi

ramadhan makin sayu hiba
aidil Fitri makin menjelma

lalu di subuh suci
Ramadhan sayu berlalu sepi
hanya tasbih pada illahi
berjuraian di pagi aidil fitri..

Ramadhan

Kali ini Ramadhan hadir dalam suasana hatiku yang sayu....menginsafi akan kekurangan dan adakah ini Ramadhan terakhirku...tertanya-tanya pada diri..akukah yang terlalu sepi menghitung hari atau akukah semakin jauh dari landasan kehidupan lalu hanyut dalam lautan kesedihan yang mengganas..
Ramadhan ini mengalir lagi airmata...seperti selalu..terlalu murah untuk dialirkan airmata ini...airmata ini tanda betapa aku kerinduan...rindu pada sesuatu yang pasti bukan menjadi milikku..rindu pada kuntuman kenangan yang tidak pernah luruh dari jambangan bunga-bunga hari..

Ramadhan ini...kuharapkan yang terakhir untukku mengalirkan airmata...adakah aku mampu.. sedangkan sudah kuutuhkan iman bersama hari Rejab dan Syaaban...

Ya Allah.. terimalah ibadatku..hambaMu yang terlalu lemah ini dan mengharapkan keberkatan dan kerehdaan dariMu sepanjang kehidupanku...amin...

Thursday, August 28, 2008

Merdeka yang Hambar

Ini nafas yang menderu lesu
Ini jantung yang berdegup kaku
Ini lidah yang kelu bisu
Ini mata yang celik palsu

Wednesday, August 13, 2008

Sepasang Baju Kurung

Sepasang Baju Kurung


Kain kasa ini

Kubeli harganya RM 5.00 satu meter

Lalu ku beli mengcukupi sepasang kurung

Agar siapnya tidak seperti balutan nangka

Agar siapnya juga bisa tutup segala kudis di betis



Ibuku jahit dengan cermat

Katanya biar bernyawa tika dipakai

Biar terhindar segala dosa

Biar jantan dijalanan kurang dosa


Sepasang baju kurung

Aku pakai hingga kini

Rohnya aku terasa

Seninya aku perhalusi

Coraknya aku berdiskusi


Sepasang baju kurung

Keranamu yang mengurungku

Dari segala kecelakaan

Dari segala nafsu

Membenarkan aku menghimpun pahala

Menyakini aku seri tidak akan pudar


Sepasang baju kurung

Kurungan yang tercipta

Mengingati aku pada pencipta

Mendekatkan aku pada Yang Maha Esa

CERMIN..

Cermin


Menatapmu terbias wajah

Kala sendu

Kala pilu

Kala senyum

Kala tawaku


Cermin gambaran riak wajah

Gambaran ikhlas

Gambaran kejujuran

Gambaran kepalsuan

Gambaran kekejaman


Cermin

Sebuah penilaian

Tentang kesempurnaan

Tentang pencarian

Tentang kewujudan insan


Cermin

Muhasabah diri

Direnungi...

Diamati...

Adakah..sejernih cermin ini

Cintaku di sisi Illahi...



13.8.08

Bangunan akademik

Terendak.

Tuesday, August 12, 2008

Jangan Mengalir Airmata

jangan mengalir airmata
walau sebak dada merana
walau hilang seribu daya
walau kelam pandangan mata

jangan mengalir airmata
hanya kerana tewas dalam dunia sementara
hanya kerana layu di hujung rasa
hanya kerana cinta tidak bermunajat di jiwa

jangan mengalir airmata
jika hadirku bukan untuk sesiapa
jika wujudku hanya untuk berduka

jangan mengalir airmata
kerana aku belum mengaku kalah
kerana aku belum berundur
dalam mencari cintaMu Ya Rabbi

sebuah perasaan

sebuah perasaan ini jangan ada yang persenda
jangan ada yang cuba menghiris luka
jangan ada yang mengata hina

sebuah perasaan ini
itu lambang tulus
itu lambang mulus
itu lambang Qudus

sebuah perasaan ini
bukan peti simpanan
bukan juga gubuk buruk perhiasan plasu duniawi

sebuah perasaan ini
suatu pencarian yang hakiki
pada yang mengerti..
pada yang fahami
pada yang menyayangi
pada yang mencintai..
dan pada yang mencari kerehdaan ILLAHI..

Tuesday, August 5, 2008

Jalan-jalan...di Air Hitam..

ini kisah selepas majlis penutup SUZON..( sebenarnya me tak attend pun majlis penutup SUZON) sebab pergi ke bandar Pontian cari klinik nak inject sebab kaki dah tak boleh gerak..sedar tak sedar dah nak balik.... ontheway balik .. abg-abg yang sporting dalam bas semuanya nak pergi air hitam.. ( kat mana tu... hehehehe me pun tak tau sebenarnya tempat tu.. first time pergi)..... me ikut je lah.. sebab masa balik hanya 4 orang perempuan aje yang ada dalam bas itu.. yang lain dah balik...penatlah kena sakat dengan abg Asri ( nama glamer Datok)... tapi happening jugak..sesampai ke air hitam.. ( mmg kecik dari nilai 3) yang nampak ada pasu dan bantal dan kerepek... ( hemmm tak tau nak beli apa..) dengan kaki yang sakit dan bengkak.. me gagahkan juga nak jalan.. nti entah bila lagi nak sampai kat tempat ni.. sayangnya camera dah habis bateri...aduii.. takleh la nak snap view yang menarik...satu jam masa untuk cuci mata dan keluar duit.... me just beli kerepek aje..takde duit huhuhuuhu...yang kelakarnya.. abg-abg satu bas.. semua beli tilam..( cushion yang macam tilam tu... alah.. me tak tau la apa org sebut tu..) penulah la bas denga tilam-tilam mereka... ok lah.. best jugak.. cuma penat dan panas.. muka pun sudah hitam kerana sunburn... ( kena tggu sebulan baru boleh kembali kepada asal..)
Anyway terima kasih kepada semua...maaf kalau ada silap dan salah ... terkasar bahasa dan sebagainya... kita ronggeng lagi suzon tahun depan.....

SUZONS FEVER

tiada kata secantik kaki yang lebam.. kuku yang sudah biru kena pijak... aduiii sakitnya..segala urat saraf.. semuanya kerana semangat yang berkobar-kobar bersukan untuk kesihatan
( walaupun dapat sakit heheheeh) sempena suzon ( sukan zon) di MRSM Pontian 1-3 Ogos 2008..
happening juga kerana memang seronok dapat jumpa kawan-kawan. Sudah adat pertandingan kalah dan menang itu perkara biasa ( walaupun ada yang tidak boleh terima kekalahan.....siapa tu agaknya..?Tapi kami satu team netball dan badminton kira ok la.. menang dan kalah.. hehehehe.. ada member cakap tahun depan kita mesti jadi juara.. iye ke? jadi bila nak trainingnya?... emmm jawapannya lagi 2 minggu nak pergi suzon baru kita training... ( hahhahaha kisah benar kami hanya training netball 3 hari je tau.. kira ok lah menang 2 games....hebatkan! klu training sebulan dah tentu kami JUARA!!!) sama juga dengan pasukan badminton perempuan.. pegang raket hari pertandingan ... tp menang.. wah hebat tu... tp klu pegang raket sebelum pertandingan tentu kami JUARA!!!!!... jadi moral dari kejadian tersebut... training la last minit sebab semangat masih berkobar-kobar ( jgn ikut pesanan ini ye ...)
Anyway terima kasih kepada semua yang sangat-sangat memberi semangat kepada team MRSM kita.. kita semuanya menang.. Menang Bergaya.. ( tak ada pun kontijen lain ambil gambar selepas kalah.. cuma kontijen kita aje yang berani mati buat macam tu... heheheheheh hebatkan!!!!... Terima kasih juga kepada penyokong secara senyap... ( jgn buat lagi tau.. bahaya)
To all my team... we all mmg hebat..tahun depan kita cuba lagi... insyaALLAH...

p/s : boleh tak klu tak nak bayar sweater.... kan kami dah menang bergaya degn sweater tu....

Tuesday, July 29, 2008


heheheh
siapa ni?
emmmm mcm kenal aje...
penah jumpa ke?
kat mana ye...?
mungkin kat BB kot...emmm tak pun kat tIMES sQURE kot
hemmm ni la dia ehemmmm.....saifulazharothman..
hensem tak.....?

Aku Tanpa Cintamu


Aku Tanpa Cintamu

( lagu ini sememangnya sangat menyentuh hati... betapa insafnya diri...siapalah kita tanpa cinta ILLAHI!!)

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih



Lagu ini didendangkan oleh Jay Jay ( suara mmg sangat bagus) feat Mirwana ( nasyid Group)

Wednesday, July 23, 2008

the sweetest memories...

available and not available.......lets check it up..
heheheheheh.....comel ajee....
dari depan kiri : cikgu ainun, cikgu eriza, cikgu ainnur
me, cikgu ivy, cikgu shikin
cikgu hada, cikgu leez dan cikgu umi
DPLI 2008
...my dear adik..

Hebat dan Unggul

Terima kasih.. sudilah kiranya menerima cenderamata dari kami....
Juara....tetap juara... tahniah MRSM Kuching
segak berbaju melayu sedondon...
ready for pic snappp....1...2....3.....cheeseeee..

MERIAH....

me with my fren and.... Hj Azmi our admin officer...
demonstrasi free dari mr zakpar .. macammana mahu kilatkan bekas sirih
suka hati kamu la...asalkan bahagia....1...2...3...senyummmmmmm....
Meriah sungguh pelajar-pelajar bila tiba bab bergambar nih...

Tuesday, July 22, 2008

me and my fren

with mr tony ( ustaz)

with edd, tony and me

seoul garden...heaven

with haniza...and chopstick


me...with mai pic..in the mirror..

one sweet day

me, ainul and dik wan... Dataran Pahlawan... window shopping jer..

me and edd...at one occassion in hotel at Malacca..

me and my fren

Bunga telur..... hehehhe going to meminang someone?.... hehehhehehe
me with my dayang-dayang for this special day....

this pic was taken last week.Minngu Bahasa Kebangsaan. The joyful day and so sweet day..

Tiang Hati

semoga setiap hari tiang hati ini makin kukuh dan utuh..
berdiri dalam jasad yang adakalanya hanyut
mengalir lesu dalam arus nafsu
nafsu yang palsu.. meranap jiwa tulus...

Thursday, July 10, 2008

Pantun

ini adalah pantun ciptaan saya.. heheheh
belajar berpantun.. kreatif dan bermakna


sakit cinta badan seorang
bagai kutepuk sebelah tangan
senyum mesra selamat datang
semoga kasih akan berkekalan

pohon keranji di tengah halaman
tempat kedidi selalu terbang
kedatangan tuan kami alu-alukan
bagai sirih pulang ke gagang

kain berlipat dalam istana
pakaian puteri raja kayangan
sepatah nasihat ilmu yang berguna
secubit budi jadi kenangan

kalau pasang air di laut
sampan kolek tarik ke tangjung
hati mengenang mulut menyebut
Budi sedikit rasa nak junjung

nasi hangat sayur pun hangat
tumis lobak bersama bawang
tuan ingat saya pun ingat
memandang gambar hati terkenang


bagaimana? baguskah pantun saya? .....

Wednesday, July 9, 2008



Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...



apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?


( Kata-kata ini dipetik dari Novel Lili Untuk Najah)

Aquarius

AQUARIUS
The Sweetheart

Optimistic and honest. Sweet personality. Very independent. Inventive and intelligent.
Friendly and loyal. Can seem unemotional. Can be a bit rebellious.
Very stubborn, but original and unique Attractive on the inside and out.
Eccentric personality.

Monday, June 30, 2008

Mencari Kekasih

Telah tertulis telah tercatat telah terbukti.
Telah terikat telah terlerai telah tersaksi.
Telah berakhir cinta di garis simpulan mati....

Inilah kasih sayang yang kutulis bersama cinta dan luka.
Yang tak dapat kuluah dengan kata-kata, tak dapat kuucap dengan bibir.
Yang tak dapat kubuktikan dengan apa-apa selain daripada sedalam cinta yang kurasa.
Apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya... aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur di luar jendela, terbenam ke dasar bumi...biarpun kuserah semua rasa tanda cinta. Sebuah cinta yang tak kesampaiandi dunia, berguguran kelopak jatuh ke gigi air. Lalu hanyut bersama buih-buih dan tenggelam ke laut dalam. Mencipta sebuah lagi episod cinta antara berjuta manusia yang lara.

Akan kuusung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja, melewati batasan akhir garis wajahmu yang menyilang di pelupuk mataku. Hingga tiba masa terakhirku... pun hatiku tetap juga ingin menantimu. Menanti rahmat Tuhan untuk hidup bersamamu.....

Berdoalah agar Allah mengampuniku! Seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya.....


( Catatan di atas dikutip ddari novel Mencari Kekasih karya Zaharah Muhammad)

Janji....

Pernahkah kita berjanji pada seseorang pada satu ketika kira rasai bahawa kita adalah miliknya. Setelah kita mendayung haluan kehidupan sendirian, adakah masih kita ingat janji-janji itu...
Pernah satu ketika, disaat bunga-bunga cinta masih mekar dan mewangi..ada janji telah diberi dan diikat simpul mati di dalam hati. Soalnya di sini, adakah kita bertanggungjawab atas janji itu? atau janji tinggal janji? Katakan janji itu berbunyi seperti ini..." apa yang sudah berlaku dan kita lalui bersama, saya akan bertanggungjawab kepada awak. Mati hidup kembali pun saya akan bertanggungjawab". Aduhaiii.. lemah jantung bila mendengarnya. sayangnya manusia hanya dibangkitkan ketika hari kiamat. Masa itu sudah tidak ada masa untuk melaksanakan janji-janji itu.
Sedihkan? Kita mesti bertanggungjawab setiap yang kita lakukan. Namun jika bukan takdir dia seharusnya melaksanakan tanggungjawab itu, tetapi diambil alih oleh insan lain lalu simpanlah janji-janji itu dalam kotak kenangan kerana tiba masanya kotak kenangan itu tidak berguna dan harus dilupuskan..Sedih...dan tetap menanti bila agaknya janji yang diberi akan dibukti..ada peribahasa mengatakan lembu dipegang pada tali, manusia di pegang pada janji. Hamba Allah mesti tunai janji nanti dikatakan munafik!

Tulus

Kita selalu mengimpikan kehidupan yang unggul.....dan semestinya kita memulakan dengan menjadi pasangan yang romantis...Kita juga abadikan setiap detik yang dilalui bersama sepanjang kehidupan yang unggul dan romantis itu..Kita abadikan kasih sayang yang telah tercipta.. terlahir dari hati suci dan sepenuh jiwa. Keunggulan kehidupan cinta kerana pasangan yang romantis..... sentiasa abadikan kasih sayang sepenuh jiwa kerana ada suatu rasa yang tulus.....

Wednesday, June 18, 2008

Kelebihan Azan

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

kelebihan Surah Al Ikhlas

Kehebatan surah al-ikhlas:

"au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

tafsirannya:
aku berlindung dengan allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, Kemudian bacalah surah al-ikhlas (iaitu ayat: qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) Sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh iman bukhari sabda nabi muhammad s.a.w:
"barang siapa membaca qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi allah, sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca qulhua"llah ahad
Satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah al-ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (demikian diterangkan dalam tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah saw pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya siapakah antara kamu yang dapat khatam qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah saiyidina ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya saiyyidina ali mengangkat tangannya. Saiyidina ummar bersuara kepada saiyidina ali bahawa saiyidina ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. lantas saiyidina ali membaca surah al-ikhlas tiga kali. Rasulullah saw menjawab dengan mengatakan bahawa saiyidina ali betul. Membaca surah al-ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab al-quran. Lalu dengan membaca surah al-ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-quran.

Berkata ibnu abbas r.a. Bahawa rasulullah saw telah bersabda:

ketika saya (rasulullah saw) israk ke langit, maka saya telah melihat arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah al-ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: wahai tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda rasulullah saw lagi:

Demi allah yang jiwaku ditangannya, sesungguhnya qul huwallahu ahadu itu tertulis di sayap malaikat jibrail a.s, allahhus somad itu tertulis di sayap malaikat mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat izrail a.s, walam yakullahu kufuwan Ahadu tertulis pada sayap malaikat israfil a.s.
Siapa membaca surah fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

WUDUK

  • Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
    Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

  • Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
    Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
    berseri-seri.

  • 3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
    Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

  • Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
    Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

  • Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
    Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


    6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
    Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

  • Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
    Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

  • Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
    Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



    Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

    Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
    Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

    Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

    Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
    Wasallam..

Pesanan Buat Si Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Tuesday, June 17, 2008

cinta sang gadis pada pelaut

kalau air di lautan itu tenang
kuharap hatimu jua tenang....
aku tidak betah dilambung gelora rindu
walau seribu batu nautika jauhnya aku

kita berhubung dalam alunan yang putus-putus
namun debaran mu aku jua terasa
ada getar rindu pada suara
ada denyutan cinta pada nyawa

akulah sang gadis itu...
menanti di pelabuhan hati
menuntut janji si pelaut
pulang membawa mutiara janji
dipateri seikat janji suci
mahu dirikan masjid
atas keberkatan Ilahi...

Wahai pelaut...
andai ada ombak ganas menghampiri
zikirkan kasih pada Ilhai
kerana aku sang gadis suci
inginkan kekasih abadi
punyai keutuhan jiwa pada pada Ilahi..




( khas untuk Cik Aishah Uitm Segamat)
terendak
3.45 pM

Monday, June 16, 2008

Monolog Cintaku

( Ini adalah karya pertama saya yang ditulis pada tahun 2000 untuk kuliah Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif dan telah tersiar dalam majalah Blues Selamanya)

( i)
Sepoi angin petang dari jendela ternganga luas menampar lembut pipi mulusku. Sang rerama berterbangan berpasangan lalu hinggap di jambangan bunga hasil tangan ibu memanjainya lalu berbunga girang. Terasa kolam mataku penuh ditakungi air. Air mata yang setiap hari mengalir sejak aku terlantar di sisni setelah aku gagal pertahan sekeping hati dari dimamah duka dana kecewa. Kipas yang berpusing ligat pada siling ibaratnya aku sebelum kenali cinta. Aku bagaikan burung yang terbang sebebasnya menghirup anugerah ciptaan ilahi. Kenapa setelah aku kemabali ke daerah ini aku diuji dengan perasaan ini mencintai insan hamba Allah. Kenapa aku? Salahkah aku? Tiada jawapan yang mampu merungkainya.Aku cuba meneguk kepahitan itu sendirian tanpa sebarang madu kemanisan yang mampu kulalui akhirnya aku tewas. Kupejam mata lalu menarik nafas sedalamnya mungkin. Sebak didada ibarat mengepung hati dalam kelemasan. Tak mampu kutahan empangan ini lalu ia pecah. Airmata ini makin laju. Isak tangis kedengaran jua. Itu saja yang aku termampu. Lalu harus bagaimana aku bertahan dengan jiwa tak keruan. Kekasih, mengapa kau sanggup melukakan hati yang jujur. Inikah namanya CINTA

Erti Kasih Makna Sayang

Pernahkah kita sebenar-benarnya mengerti apa itu kasih dan sayang. Selalunya kita menyebut kasih sayang. Namun ada kala kita sukar untuk mengerti akan maksud sayang dan kasih...
tanyalah pada diri... adakah kita berdiri kerana kasih... atau kita hidup kerana sayang atau kita hidup kerana kasih dan sayang....sungguh mendalam makna kasih dan sayang.. hanya kita dan diri sendiri sahaja yang dapat menginterpretasikan maksud sejelasnya....tanyalah pada hati.. mana letaknya kasih sayang... tanyalah pada sayang... mana letaknya kasih... dan tanyalah kasih kemana sayang hilang menyepi... jangan biarkan kasih sayang sirna dalam kehidupan ni... semaikan bunga- bunga kasih sayang... agar hidup sentiasa mekar mewangi...

Friday, June 6, 2008

MENCARI atau MENJADI?

Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Jernihkanlah yang keruh...

saya tidak tahu adakah saya dapat bertemu dengan awak lagi cipan...tapi andainya awk membaca setiap yang tertulis dalam blog ini ada sesuatu yang saya ciptakan..saya karangkan untuk awak... perasaan yang bercampur baur ini mungkin akan mengalir pergi... saya reda dengan takdir.. saya juga tahu kedudukan di mana.. dan hanya saya yang mengenali hati dan perasaan sendiri.. tidak sekali - kali saya salahkan awak... kerana yang berlaku adalah kerana kekhilafan saya... saya menerima hukuman ini...sungguh saya sangat menyesal kerana kasih sayang ini hanyut kerana keegoaan perasaan kita. Kita yang membina dan kita juga yang memusnahkan...sayangnya.. semakin hari semakin jauh kita dari pertalian itu...masakan boleh saya lupakan semua...sya tidak pandai berbohong tentang perasaan... kerana saya ikhlas...Namun, Allah itu terlalu adil... dalam kehidupan saya yang tidak bermakna saya diberi sesuatu yang tidak ternilai harganya....saya memiliknya hingga kini...Sehari - demi sehari saya sudah dapat merealitikan perasaan terhadap awak... Saya sedar saya tidak dicipta untuk awak! jauh sekali untuk menjadi orang tersayang seperti dulu. Saya sudah boleh menerima kehadiran orang dalam hidup saya.... saya juga terlalu pemurah untuk disakiti.....saya berusaha cipan.. untuk melupakan awak... saya berusaha.. sehingga semalam itulah message dari saya yang telah sembuh sepenuhnya dari disakiti....awak bukan lagi berada ditempat seperti dulu... saya tinggal ruang kosong itu.. untuk awak isikan dengan pengganti yang benar-benar awak sayangi dan percayai. Saya sudah boleh terima awak sebagai sahabat bukan kekasih... bukan segala-galanya....andai di hati awak masih tersimpan perasaan itu... belajar untuk membuangnya..kerana tidak ada ulangan dalam memberi kasih sayang....ia cukup memedihkan....Saya terlalu ingin satu pertemuan yang ikhlas seperti mula-mula kita bersahabat.. kita hadir dengan jiwa yang suci..tapi mengapa kita akhiri dengan benci...saya tetap menyayangi awak sebagai seorang insan bernama sahabat....senyumlah awak... lihat lah dunia dengan jiwa yang besar....kita jernihkanlah air yang keruh ....semoga kita akan lebih tenang...saling bermaafan saling kembali sebagai sahabat yang memerlukan tika tawa tika duka...dalam pejalanan ini kita tidak tahu dimana hentiannya... andainya saya tiba dulu di perhentian itu mohon maafkan segala kekhilafan saya pada awak selama ini.....senyumlah selalu..kerana saya tahu awak sudah lama tidak menguntumkan senyum....senyumlah...seperti saya selalu ajarkan pada awak....maafkan saya... saya terlalu gembira dengan kehidupan saya sekarang.....saya ada nurin insyirah...pengubat segala duka saya...saya juga punyai kekasih yang setiap hari bersama menemani pejalanan menuju ke perhentian hidup..... saya harapkan.....kita akan sentiasa bahagia walau berbeza contengan warna pada kanvas kehidupan kita......

Thursday, June 5, 2008

he is jawa...

Today i want to rojak my bahasa. But i still love bahasa Melayu ( malaysia?) hehehehe actually i want to express my feeling about what was happen since i do my Dip Edu. Happy, lovely, enjoy, horrible n terrible too... but there was a sweet memories....huhuuu
4 june 2008 last day for our class and last semestre. Lastly we finished all those courses that burden us since last year. I didnt felt it before even i do my undergrad n postgrad ( heheheheh secret ones) Itulah perasaan semua orang..but ada bad news ... coz mostly of us failed one of paper that we had taken. hemmmmmm. Tapi sepanjang me attend this courses, there is one guy im not really knowing him, even his is same course with me.. he's look weird. Naughty... to me he's no manner as well as other guys in my class. When he speaking or sharing anything in class he look knowledgeable. He's jawanis. His sound really like jawa's. Hahahahahhahah. Im just 2-3 times talk to him...hehehhehe but we're always message as fren.. but his has secret admirer... huhuhuhuhuhu...lawak.. hari ini his wear batik.. but his look like YB. My fren was told that funny thing about him.. im big laughing.. his too sarkastic.. make joke.. and his likes cat..meowwwww so cute....weii bila la jawa ni nak berubah perangai .. ade jer menyakit akan hati aku la.. Tapi jawa tetap jawa la kan.. macam sesuai pulak nama jawa ....apa kata kalau kita add meowww so jadilah Jawa Meowww... hahahahhahahaha... Terima kasih jawa..... Jadi safety guard BJT me yang cute tu.....jasa mu dikenang....hehehhehehe Gud luck for our last exam.....

Tuesday, June 3, 2008

kasih tumpah dihati..

Tidak mampu aku lafazkan setiap kali melihatmu seperti mentari yang terbit dari timur menerangi alam maya kehidupan dan kau bagaikan seekor burung yang berkicau telah pagut rasa rindu aku pada suasana yang telah hilang dalam terang yang gelap dan kau jua bagai semilir angin yang menyapa tulang temulangku hingga gigil sejuk kerinduan. Aku ingin melihatmu setiaphari bersama hati kerana aku sudah suntuk waktu untuk menyatakan aku kasih padamu kerna kasihku seperti kapas - kapas yang berterbangan ditiup angin petang hingga lelah aku mengejar untuk mengumpulnya kembali setelah bertahun kapas - kapas kasihku terbang melayang ibarat lelayang putus tali. Aku ingin berbisik padamu bahawa aku sudah jatuh kasih padamu walau aku tahu bunga-bunga kasihku tidak tumbuh subur dalam taman hatimu namun aku tetap sirami dan bajai bunga-bunga kasihku di halaman hatiku sendiri. Aku tegar nyatakan sesungguhnya bulan tidak pernah sembunyi dan matahari tidak kecil hati andainya kau tolak kasih sayang yang tulus ini jika perasaan ikhlas memagari niatmu dan aku jua harus nyatakan kasihku padamu sudah tumpah dihatiku sekian lama kita bertemu dan ini yang terakhir pertemuan kita ku mohon senyumlah selalu kerana aku ingin menyimpan kenangan bertamu dalam kamus hidup berwarna biru rindu...

Aku melihat dia...

aku melihat dia dalam redup mata dari kejauhan. Aku berbisik diam rasa. Aku melihat setiap nafas yang dihela. Aku melihat dia bergerak di depan mata. Aku melihat dia senyum. Dia ketawa. Dia petah berbicara. Aku melihat dia denga hati yang luka. Aku melihat dia dengan harapan menggunung dijiwa. Aku melihat dia.....mengalir airmata..

Hati....tenanglah walau sesaat...

aku ingin menjadi insan yang cekal dan tabah. Menjalani kehidupan walau hati sering berubah. Aku ingin diam dalam kata-kata. Aku ingin senyum dalam tangis. Hati , aku tidak bisa mengungkap rasa yang terkepung di benak ini. Setiap hari kita menangis nan merintih tapi tiada yang tahu. Lakonan opera boneka lindung jiwa punah. Hati, mengapa kita tewas dalam merencanakan lagu-lagu jiwa yang indah dan subur. Atau akukah yang kurang bajai lalu mati rasa dalam kehidupan ini. Sudah ku bawa jauh tinggal pergi segala untaian rasa yang lalu dari kotak fikir. Aku ingin tenang. Ingin bahagia. Ingin ceria seperti sang suria. Ingin mengharum bagai kemboja. Aku mahu menjadi seperti air mengalir tenang. Menyejukkan mendamaikan. Aku ingin punyai jiwa besar. Ingin melihat kehidupan dalam ruang yang nyata dan bermakna. Aku ingin jadi pohon yang rendang dan lebat berbuah. Meredupkan dan memberi ketenangan. Mampukah aku... hati... berilah aku ketenangan walaupun sesaat....

Friday, May 30, 2008

Suara Cinta

pernahkah kita bertanya pada diri sendiri...
adakah orang yang berada disisi kita itu sebenarnya bukanlah pasangan yang tepat untuk kehidupan kita. Mungkin kita terlalu takut untuk menyoal diri sendiri bimbang hati terluka dan tersiksa. Hipokritkan?. Tapi tepuk dada tanya selera. Tidak susah untuk menyatakan rasa hati. Kebenaran amat meyakitkan tetapi akhirnya sangat indah. Kadang kala hati kita selalu membeku menidakkan rasa perlu. Jauh di sudut hati ingin mengatakan sesuatu. Keasingan dalam diri menyebabkan rajuk berpanjangan. Diam. Menyimpan rindu. Tiada siapa yang tahu. Malam yang sepi hanya mendengar suara cinta dalam isak tangis duka. Merana.

Sunday, May 25, 2008

Cintaku menangis di Tanjung Tuan


Ku titipkan angin senja kedamaian

Padamu nun.... jauh.....

’’Bisikan padanya wahai angin menderu

Rasa yang makin menghimpit sanubariku”


Ombak yang menghempas

Menyindir ku!

Mencemuhku!

Akulah pencinta yang gagal


Kekasihku yang membawa aku

Menikmati keindahan Tanjung Tuan

Bawah pokok Rhu

Redup!


Maafkan aku Kekasih

Aku rela terima hukuman ini

Hukumlah aku!

Aku isak-isak pedih dan sedih


Kekasihku mengapa

Kau biar cintaku menangis


Menangislah cintaku..

Menangislah kerana cintaku menyintai yang ESA

Menangislah cintaku kerana LILAHI TAALA

Menangislah cintaku kerana kehidupan akhirat

Menangislah cintaku kerana kau tidak dilaknat

Menangislah cintaku kerana kehidupan akhir zaman

Menangislah cintaku bersama

Ayat-ayat cinta kalam Allah


Menangislah cintaku...

Mencari kerehdaan

Sebelum buku hisab ditutup..


15/4/08

Residence Desa Lagoon. PD