Seorang sahabat ada mengatakan saya ini sangat berahsia. Aneh sekali. Saya berahsiakah?
Privasi sendiri perlu dirahsiakan. Itu namanya PnC. Lain-lain rasanya bukanlah satu rahsia. Dalam sms yang ringkas itu, ditanya juga bila saya harus mengundang dia ke majlis walimatul urus saya. Aduhaii... saya masih sendiri-sendiri. Belum ketemu. Usahlah bertanya akan soalan itu. Sukar sekali untuk diberi jawapan. Bimbang tersalah jawapan bisa gores hati insan lain. Lalu saya pun bertanya pada sang sahabat itu. Bila pula majlis dipihaknya. Katanya dia tunggu saya langsungkan dulu. Insya Allah, andai hamba Allah yang masih belum mengotakan janji itu terbuka hati untuk melamar saya pasti akan ada urusan walimatul urus itu. Harap sahabat saya itu bersabar. Kerana sabar itu tunjang segala kebahagiaan. Usahlah bertanya lagi...
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan, tetapi kadang-kadang manusia cepat sekali memandang serong orang yang bertemu jodoh di lewat usia.
Rasa sedih, marah, kecewa bila kerap diajukan soalan tentang perkahwinan ini kerap saya alami.
Hanya kita sendiri yang faham jiwa kita.
Post a Comment