Friday, March 28, 2008

sajak: Bila Hati....

bila hati teruja berkata-kata
bibir mungil manis berbicara
letusan suara manja nan mesra
memagut deria halwa telinga

bila hati membengkak rasa
renjatan kecewa memanah rasa
kiasan wajah satu petanda
amarah nan merah sedang membara

bila hati sejuk dan beku
dingin kaku memeluk nafsu
tutur kata berkabut palsu
hilang istiqamah dalam qalbu

bila hati setenang duduk
aturan hidup penuh tawaduk
carilah diri di dalam sujud
moga mudah perjalanan hidup



9.15 pagi
22 Mac 2008
Holiday Inn Melaka

1 comment:

doctormisteri said...

dalam rangkap yang terakhir itu...diharap adik dah jumpa jawapan nya...moga adik dah kenal siapa diri adik...moga adik positif selepas ini...
yang lepas tu usah di kenang lagi..esok masih ada....moga hati mu telah terawat hendak nya..alhamdulillah...