(luahan hati seorang teman.... sedih....)
Kata orang sedang asyik bercinta, lautan api pun sanggup direnangi…. Itu ketika sedang cinta hangat membara…bagaimana ketika cinta membeku…….masih sanggupkah merenangi lautan yang membeku sejuk….Pernah suatu ketika dulu ketika sahabat sibuk ke sana dan sini bersama kekasih hati…saya selalu berkata sendirian… hemmmm seronoknya mereka… bahagianya mereka…Sayangnya satu hari perasaan meluap untuk memiliki seorang kekasih hilang setelah terserempak dengan rakan sebelah bilik di universiti dulu menangis sampai bengkak mata…. Huhuhuhuhuhu sedih….saya pun menangis sama kerana mendengar cerita yang kalau difikirkan secara logic akal tiada apa-apa makna untuk ditangisi. Tidak penting pun. Tapi maklumlah ketika hati sedang rawan… ( saya tak pernah rasa begitu )…Kekasih yang dipuja siang malam keluar menonton wayang dengan dara lain….. itu saja soalnya. Bengkak mata sampai berhari-hari…kuliah pun apa lagi… langsung tidak dihadiri…. Yang rugi diri sendiri…. Sejak hari itu saya jadi tipikal untuk memiliki seorang yang diberi gelaran kekasih ( iye ke kekasih atau ada nama lain yang lebih sesuai……? ) Tapi siapalah yang boleh menyangkal kehendak naluri sejak azali lagi…..tahun kedua di universiti saya menjadi seorang yang sering merindui … saya tidak pasti apa yang saya rindui…. Hari-hari saya ke perpustakaan. Setiap hari saya akan duduk di meja yang sama sambil menelaah buku…( orang bahasa memang perlu banyak membaca )……sebulan lamanya saya lakukan perkara yang sama kerana saya merasakan ada orang yang menunggu saya di
Setiap hari selepas solat pasti saya berdoa untuk bertemu dengannya….balik dari cuti semester… saya telah pergi mendapat rawatan gigi di sebuah klinik pergigian kerajaan….. seperti tidak percaya saya bertemu dengan orang yang saya rindu…. Rupanya dia seorang dentist…dalam keadaan terawang-awangan saya terdengar dia menyebut nama saya…. Ayu…..ayu… Tahu apa yang berlaku.. saya tidak mendapatkan rawatan itu kerana tidak mampu melawan perasaan ….. saya sebak… adakah itu namanya cinta… saya berpuasa hampir sebulan dengan niat untuk membuang perasaan dan ingatan terhadap hamba allah itu…( sedihkan…. ) Suatu petang seusai saya pulang dari kuliah….ada seorang junior datang mengetuk pintu bilik menyatakan ada seseorang mahu berjumpa dengan saya…. Saya turun….ke bawah dan berdiri di foyer untuk melihat wajah yang saya kenal…. Tiada sesiapa… akhirnya saya melangkah malas… menuju lif untuk naik ke bilik….Ayu….saya terdengar suara. Saya berpaling…. Ya Allah…saya seperti tidak percaya….orang yang saya sedaya upaya untuk melupakannya hadir mencari saya…( siapa dia hanya saya yang tahu) Akhirnya kami menjadi seperti merpati sejoli…tiga tahun lamanya saya dilamun perasaan yang membahagiakan…. Saya tamat pengajian dengan keputusan CGPA 3.5 betapa cinta itu telah memotivasi saya…saya tidak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab saya…… tapi benar kata orang ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari……Orang yang saya cintai berada di persimpangan antara saya dengan calon menantu pilihan ibunya…Saya lari membawa hati…saya tidak mahu dia tersepit….andaian saya hajat ibu bapa perlu kita akur….akhirnya dia menikah…dan saya sibuk dengan kerjaya….bertahun lama kami terputus hubungan… Cuma kenangan tidak pernah luput dari ingatan….Tahun 2005 saya bertemu dengan seseorang secara tidak sengaja….. bertemu ketika menemani kawan blind date… kelakarkan… saya boleh teman orang blind date….dan saya juga tidak menyangka secara diam-diam saya menyimpan perasaan terhadap hamba Allah itu… saya selalu mencuri pandang wajahnya…tapi saya sedar…dia kepunyaan kawan saya…. Suatu hari saya telah menjawab panggilan telefon kepunyaan kawan saya… dan hamba Allah itu yang telefon…. Sayangnya kawan saya telah menyangka yang bukan-bukan terhadap saya dan telah mencabar saya…. Saya sahut cabaran itu….akhirnya hamba Allah itu jadi kepunyaan saya…( sayangnya seorang lelaki telah dijual beli begitu mudah ) Hamba Allah terlalu hebat dan berkerja di sebuah sebuah konglomerat minyak terkemuka… Saya berusaha mencintai dan memberi kasih sayang padanya… kalau boleh sedikit pun tidak mahu kurang….tetapi saya dibelenggu dengan rasa bersalah….bersalah kerana mengambil hak orang sedangkan saya bukan begitu…..hubungan kami seperti ombak menghempas pantai….berkecamuk gundah…akhirnya… saya undur diri…. Kerana saya sudah tidak mampu untuk menghadapi kesedihan dan kecelaruan yang kian berserabut …..kekesalan itu sering menghantui saya…. Setiap kali saya merenung jauh ke dalam matanya….. dapat saya lihat dia tidak gembira bersama saya…. Sejak itulah saya berusaha melakukan pelbagai perkara untuk dia kembali kepada kawan saya yang dia pernah berusaha untuk miliki dulu….kini saya sendirian… kembali sibuk dengan kerjaya serta menyibukkan diri….dan saya semakin memahami kenapa cinta itu membahagiakan dan cinta itu menyakitkan…. Saya suka pada rindu… kerana rindu itu menguji kekuatan hati…..cinta itu menguji keikhlasan hati……pilihlah mana-mana yang kalian suka tetapi jangan sesekali menyesal… kerana nikmat itu adalah anugerah ilahi…terlalu sukar untuk kita cintai dan sayangi seseorang tanpa keikhlasan hati…..
( jangan takut untuk berkongsi tentang hati…rindu… kebahagiaan….dan jangan takut untuk mencari cinta…)
Jumpa lagi….
1 comment:
habis tu kat mana cik ayu gi cabut gigi?
Post a Comment