Friday, May 30, 2008

Suara Cinta

pernahkah kita bertanya pada diri sendiri...
adakah orang yang berada disisi kita itu sebenarnya bukanlah pasangan yang tepat untuk kehidupan kita. Mungkin kita terlalu takut untuk menyoal diri sendiri bimbang hati terluka dan tersiksa. Hipokritkan?. Tapi tepuk dada tanya selera. Tidak susah untuk menyatakan rasa hati. Kebenaran amat meyakitkan tetapi akhirnya sangat indah. Kadang kala hati kita selalu membeku menidakkan rasa perlu. Jauh di sudut hati ingin mengatakan sesuatu. Keasingan dalam diri menyebabkan rajuk berpanjangan. Diam. Menyimpan rindu. Tiada siapa yang tahu. Malam yang sepi hanya mendengar suara cinta dalam isak tangis duka. Merana.

Sunday, May 25, 2008

Cintaku menangis di Tanjung Tuan


Ku titipkan angin senja kedamaian

Padamu nun.... jauh.....

’’Bisikan padanya wahai angin menderu

Rasa yang makin menghimpit sanubariku”


Ombak yang menghempas

Menyindir ku!

Mencemuhku!

Akulah pencinta yang gagal


Kekasihku yang membawa aku

Menikmati keindahan Tanjung Tuan

Bawah pokok Rhu

Redup!


Maafkan aku Kekasih

Aku rela terima hukuman ini

Hukumlah aku!

Aku isak-isak pedih dan sedih


Kekasihku mengapa

Kau biar cintaku menangis


Menangislah cintaku..

Menangislah kerana cintaku menyintai yang ESA

Menangislah cintaku kerana LILAHI TAALA

Menangislah cintaku kerana kehidupan akhirat

Menangislah cintaku kerana kau tidak dilaknat

Menangislah cintaku kerana kehidupan akhir zaman

Menangislah cintaku bersama

Ayat-ayat cinta kalam Allah


Menangislah cintaku...

Mencari kerehdaan

Sebelum buku hisab ditutup..


15/4/08

Residence Desa Lagoon. PD

HATI SEORANG GURU



Hari ini...

Aku memegang pen merah

Ku titipkan rasa gundah

Pada kartu bisu menadah


Anak didikku..

Terbeban dibahu kerja sekolah

Tak keruan perasaan hatinya

Kerna citanya seorang angkasawan

Hari ini...


Ku lihat bilah-bilah kipas yang berpusing

Ligat!

Tak henti walau sesaat!

Anak didikku

Langkahnya penat

Fikirannya sarat

Mukanya kelat


Hari ini...

Hati gurumu ingin bersuara

Ingin mengolah rasa duka dan kecewa

Anak didikku

Tidak cemerlang tak mengapa

Usah gemilang di mata dunia

Tetapi terbilang disisi Pencipta!


10.40 am

2 april 2008

Persiaran Warden

Terendak

Melaka

ORKID

Orkid

Melihatmu aku kagum

Menghampirimu aku tergamam

Memegangmu ku ingin petik

Baumu nan lembut

Menyentap sukma ku

Merah mentari ; jingga nan senja

Putih kapas, kuning ceria,ungu gemilang

Ahhh.... aku tandus rasa teruja

Ku petik sekuntum..

Ku semat di sanggul..

Harummu menyubur

Dudukmu berbeda

Kembang mu dipuja

Layu mu dibelai mesra

Liuk lintuk mu terjaga


230 pm

Taman Orkid

Kuala Lumpur

29/3/2008

CINTA


Cinta ….

Adalah airmata

Mengalir tika suka dan duka

Cinta…..

Bahagia

Pada musim – musim bunga

Berwarna – warni

Cinta....

Kasih sayang ayah dan bonda

Mendamaikan

Seperti angin sepoi bahasa

Cinta......

Menghangat.....

Membakar jiwa muda dan mentah

Cinta.......

Suatu pembunuhan

Merobek jiwa kala kecewa

Cinta...

Tanda kasihnya pencipta

Kepada hambaNYA

Yang terpilih.....


Persiaran warden

1019pm

  1. 4.2008


Apalah salah saya...

sudah 2 bulan saya batuk-batuk dan demam. Selalu juga saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. sayangnya, keputusan sangat mendukacitakan.... saya tidak sakit....hairan....pada fikiran saya doktor ini doktor pelatih barangkali belum mahir sangat dengan penyakit yang saya alami ini...
Atas nasihat seorang teman...dia menyarankan agar saya mendapatkan rawatan tradisional..saya bukanlah tipikal tetapi maklumlah rawatan tradisional ini kadang kala menggunakan kaedah yang syirik dalam islam.. hampir 2 minggu say berfikir... adakah perlu untuk mendapatkan rawatan seperti ini memandangkan keadaan batuk saya semakin kronik. Adakalanya saya hampir putus nafas....
Jumaat lepas saya buat keputusan untuk menerima saranan kawan saya untuk berubat.. lalu pada petang jumaat dengan keadaan badan yang amat pijar dan panas saya bergerak ke kuala pilah...emmm jauh tu.. tetapi saya tawakal kerana ingin melihat apa yang sebenarnya.
dengan keadaan jalan yang jam saya sampai di tempat yang dituju pada jama 10:50 am...wahhh lenguh segala tulang belulang...mlm itu bukan saya sahaja yang mahu mendapatkan rawatan tetapi hampir 10 orang sedang menunggu giliran... saya mengeluh kerana terpaksa menunggu... akhirnya saya menunggu dlm kereta bersama adik...sampai giliran saya... batuk semakin tak berhenti...panas dan pijar mmebuatkan saya rasa ingin marah.... selepas.. di arah duduk bersimpuh di sejadah... istiqfar...baca al fatihah, 3 qul dan al kursi... serta berzikir bermulalah proses pengubatan pada diri saya...saya rehda dengan apa saja yang akan dinyatakan oleh pakcik latif.... hemmm saya di santau orang... santau angin..sesuatu yang tak pernah saya terfikir..saya akan disantau sebegitu...dan hati tertanya - tanya apalah salah saya sehingga saya diperlakukan begitu...saya tidak dapat gambarkan perasaan sedih dan terkilan saya ...apa salah saya.. apa yang telah saya lakukan...santau itu mmg dituju khas untuk saya atas sebab irihati..... saya tertanya-tanya.. sehingga kini.. kerana pak latif tak mahu memberitahu siapa orgnya cuma memberitahu bhw santau itu dibuat oleh bomoh Jawa yang ditinggal di jalan menuju ke Muar....itu yang menjadi tanda tanya saya sehingga kini... walau bagaimanapun... alhamdulillah saya sudah sembuh...itu adalah dugaan Allah SWT kepada saya untuk menguji sejauhmana keimanan dan ketaqwaan saya padaNYA... segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT yang buruk itu datang dari diri saya sendiri........